Mukminah perlu tegas, kuat, perlu tabah dalam menegakkan kehormatan agama dan diri, namun penuh kasih sayang dan berhikmah dalam kecintaannya.
Friday, March 28, 2014
Life as researcher is even worse! :P
Yaumul Jumuah, yaumul Barakah!
MUTIARA KESEPULUH: JADIKANLAH HARI ANDA PENUH KEBERKATAN
Mulakanlah hari kita dengan meminta kepada Allah hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang berbahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan dan keberuntungan. Mintalah kepada-Nya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau hari yang tiada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.
Dari Allahlah kebahagiaan dipinta. Dari Allahlah rezeki diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. InsyaAllah akan memberi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkat dan bermanfaat.
Diantara perkara yang dianjurkan bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk adalah hendaklah anda mendengar sesuatu dari Kitabullah, baik dari kaset atau radio (atau audio player dari laptop) yang bacaannya dilakukan seorang qari yang patuh, khusyuk, lagi merdu suaranya. Dia memperdengarkan kepada anda sebahagian dari ayat-ayat Allah yang ada dalam kitab-Nya dan anda mendengarkannya dengan penuh perhatian dan khusyuk. Maka akan menjadi bersihlah hati anda dari kekeruhan, keraguan, dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu anda akan kembali menjadi baik keadaannya dan lebih lapang dadanya daripada sebelumnya.
~Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni~
Wednesday, March 26, 2014
Hilangmu Tanpa Tanda
analisa-analisa data yang dikhabarkan umum tidak cukup untuk membuatku percaya,
kerana hilangmu tanpa tanda.
Mungkin semua pakar-pakar aerotechnology boleh menyatakan apa-apa teori yang dirasakan benar,
namun ilmu mereka itu terbatas, terbatas pada mesin-mesin ciptaan manusia,
boleh sahaja diandaikan kokpit terbakar, radar tidak dapat menghantar signal, atau dihijak pengganas sekalipun, teori sekadar teori, hati-hati masih terluka tidak terubati,
kerana hilangmu tanpa tanda.
Wahai Tuhan yang maha Mengetahui setiap apa yang di langit dan di bumi, hanya Engkau yang maha Mengetahui misteri MH370 ini. Hanya di tangan Engkau letaknya rahsia itu. Dan perancangan-Mu sebaik-baik perancang. Tiada sesuatupun yang berlaku di dunia ini Engkau lengah darinya. Pasti ada hikmah besar yang Engkau ingin tunjukkan kepada kami.
Wahai Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang, redakanlah kesedihan hamba-hamba-Mu yang belum berhenti merintih permergian keluarga dan sanak-saudara mereka lantaran tragedi ini. Lontarkanlah ketenangan dalam hati-hati mereka saat pengumuman, " The seaching of MH370 ended here" dibuat. Allah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Moga Ruh mereka yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH370 aman dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin amin amin ya Rabbal Alamin.....
Tuesday, March 25, 2014
Anggaplah sakit itu berita gembira
Berkaitan dengan tajuk entry ini, sakit, satu perkataan yang tidak menarik, dan negatif. Lihat sahaja sudah menyakitkan malah derita dapat di rasai. Sakit ini dalam Bahasa Inggeris banyak perkataannya, banyak juga penggunaannya. Bukan sakit dari segi bahasa ingin kukupas disini. Tidak perlu diperpanjang.
Yang menyebabkan sakit itu kita sebut ia sebagai penyakit. Secara medical, penyakit ini sesuatu keganjilan (abnormality) atau gangguan (disturbance) pada sistem tubuh badan (Betul ke para doktor? Ini bahasa mudahku setelah mengaji Biomedic hampir 4 tahun >.<). Aku juga penghidap penyakit. Kalau ditanya sakit apa ya Balqis? Aku sakit hati. (Tolong serius!). Baik. Sakitku ini rahsia. Sudah lama menanggungnya. Tidak keterlaluan untuk aku mengakui tiap kali sakit itu datang mendekatkan diriku dengan Pencipta sakit itu.
Allahu rabbi, Maha Agung, Maha Mengetahui sejauh mana seorang hamba ini jauh dari-Nya, pasti akan ada suatu hari hamba ini kembali mengharapkan ampunan dan redha-Nya. Bagaikan kanak-kanak yang baru berjalan, dilepaskan ibu, sejauh mana dia bertatih dan terjatuh, pasti dia berpaling pada ibunya, tersenyum dan berlari mendapatkan ibu semula. Fitrah manusia, hamba, berTuhan. Jika kita manusia ini lalai dan leka, hanyut dengan kesukaan-kesukaan dunia yang sebenarnya Allah Taala juga yang cipta, itu melawan fitrah maksudnya! Allah Maha Mengetahui (Ya Alim), hamba-Ku ini, sudah lama tidak merintih kepadaku di sepertiga malam, sudah lama dia tidak membuka lembaran bait-bait rindu-Ku, sudah lama dia meninggalkan kekhusyukan dalam solat-solatnya kerana kesibukan dan kecintaannya pada selain-Ku, dengan dugaan yang Ku-berikan ini, pasti dia akan kembali kepada-Ku. Allahu Allahu, jika anda sedang sakit, ingatlah Allah Taala Kekasih Agung kamu itu sedang rindu! Bukankah ia berita gembira?
Menaip perenggan-perenggan ini membuat aku refleksi diri juga. Mampu apa kita melihat setiap apa yang terjadi pada diri kita ini dengan pandangan mata Pencipta? Merasa lazat dengan kesakitan kerana tahu bahawa itu tanda cinta Allah, tanda rindu Allah pada hamba, malah Allah berkehendakkan petunjuk kepada kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Jessamine But Sakura?
Lama sungguh rasanya jari-jari ini tidak menari di papan kekunci menaip entry blog Jessamine (Jasmin) ini. Dulu ianya sekadar jessamine. Tapi kini ianya jessamine tetapi sakura. Ceritanya? Tiada yang menarik. Kedua-duanya adalah bunga. Beza dari segi kitaran hidup, variasi warna, populasi dan asal kedua bunga ini tetap ada cuma, mungkin tidak perlu dihuraikan disini. Cuma mungkin, caraku melihatnya yang berbeza, dulu bunga jasmin kuning menjadi hiasan blog ini. Kuning memang warna kegemaranku dulu. Orang kata, lambang keceriaan (Pernah jadi ajk keceriaan kat kelas masa form 1), kegembiraan dan easy-going. Tapi kini blog ini mungkin perlu berwajah baru setelah sekian lama aku meninggalkannya berhabuk :) Kini warna kegemaran juga sudah berubah, lebih gemar pink dan purple. Lebih lembut dan mungkinkah aku bertambah matang? (Hehe)
Baiklah, di sini aku titipkan beberapa gambar kedua bunga yang sangat-sangat cantik ciptaan Allah ni. Bolehkah kita muslimah secantik ini? Boleh! Jaga agama, jaga akhlak, jaga kehormatan. Allah pasti hias kita secantiknya. InshaAllah kamu akan jadi muslimah mukminah wanita paling cantik dan bahagia di dunia dan di syurga. Amin :)
Sakura@Cherry Blossom
Wednesday, March 14, 2012
Cerita tentang STRESS!!!

“Saya stress, stress!!” Ujar saya ketika meletakkan pinggan di atas meje cafeteria KAHS. Suasana cafe pagi itu tak sesibuk waktu lunch. Semeja dengan saya ada Peers1, dan Peers2. Mereka ini adik bagi saya.
“Awak Peers( Pembimbing Rakan Sebaya lebih kurang), tolonglah akak ni.” Itu jawapan saya pada pandangan hairan yang di’laser’kan pada saya. Hari tu saya memang rasa sangat-sangat stress atas macam-macam sebab.
Minggu ni saya plan nak balik rumah and dah siap beli tiket bas dah. Bas CEPAT, Jumaat, pukul 9.30 pagi. Memang yakin hari tu tak ada kelas. Memang dah tersangat happy. Tiba-tiba semalam, Dr. Kamaliah beritahu yang Jumaat ini akan diadakan replacement class pukul 11.30-12. OMG! STRESS!!
Assignment melambak, Mid Term Exam dah dekat. STRESS!!
Hujan tak henti-henti dari pagi sampai petang. Basuh baju tak kering-kering. STRESS!!
Anjing-anjing berkeliaran kat depan bilik saya. STRESS!!
Saya bercerita dengan mereka diselangselikan suapan nasi ke mulut. Pandangan STRESS saya lontarkan kepada mereka bertiga.
“Akak, minta maaf lah, saya rasa, kalau bagi saya, saya akan buat benda yang saya suka,barulah saya tak rasa stress” ujar Peers1 yang terkenal dengan ketenangan wajahnya walaupun sibuk. Nadanya ikhlas. Saya berfikir. Buat apa yang kita suka?
“Macam mana nak buat apa yang kita suka? Assignment, Test, siapa yang suka??” Balas saya dengan nada tak puas hati menunjukkan betapa STRESS nya saya.
Peers1 hanya tersenyum tanpa jawapan. Mungkin dia pening nak menjawab soalan kakaknya ini.
Saya ulang lagi pertanyaan saya sambil merayu mereka selesaikan masalah saya atau paling tidak mengurangkan STRESS saya sikit.
“Akak, kami boleh mendengar masalah akak tapi kami tak boleh selesaikannya. Hanya akak yang dapat menyelesaikan masalah akak sendiri,” Peers2 pula yang berbicara setelah lama memerhati gelagat saya yang kononnya STRESS sangat. Dalam masa yang sama, datang Kak Comel mengambil tempat di kerus kosong disebelah saya. Tanpa mengganggu perbualan kami, dia menikmati minumannya. Saya meneruskan perbincangan yang menSTRESSkan itu dengan Peers1 dan Peers2.
Air teh ais di tangan saya teguk selepas selesai menghabiskan hidangan nasi putih+sardin+timun itu. “Isshhh, pahit! Stressnya saya!!” Hati semakin panas bila air yang diteguk pun tak menyebelahi saya. Semua yang ada dihadapan saya tersenyum memerhati.
“Akak, kami pergi dulu la ya. Kelas dah nak mula ni,” kata Peers1 menutup perbincangan.
“Owh, awak nak tinggalkan akak makan seorang diri ke? Ish, stress!!” Jawapan saya kali ini tidak bernada serius. Memang niat untuk bergurau. Mereka berlalu sambil tertawa sedang Kak Comel masih berada di sebelah saya memerhati.
“Mari akak rasa teh ais awak tu,” kata Kak Comel.
“Rasalah kak, mesti akak pun stress rasa air ni,” jawab saya sambil meletakkan bungkusan air dekat dengan Kak Comel. Kecil-kecil mata Kak Comel menahan pahit. Tergelak saya dibuatnya.
“Haa, pahit kan. Saya dah bagitahu dari awal lagi!” Ketawa saya masih bersisa. Kami sudah sedia untuk bangun dan bergerak ke kelas. Beg sudah saya capai untuk digalas.
“Macam mana ya kak? Apa pendapat akak tentang apa yang saya cerita tadi?” tergerak hati saya bertanya kerana saya pasti Kak Comel dari tadi mendengar perbualan kami dengan penuh teliti.
Sambil bangun Kak Comel bertanya kepada saya, “Hari ini dah baca al-Quran ke belum?”
Soalan ini betul-betul menyucuk tangkai hati saya yang tadinya panas suam-suam.
“Ya Allah!” Hati saya kembali berbisik.
“Hari ini belum lagi la kak. Tak sempat tadi.” Itu jawapan yang mampu saya beri. Tapi soalan Kak Comel itulah jawapan yang saya cari sebenarnya. Buat saya waras kembali. Rasional kembali mengambil tempat emosi.
“Akak, saya rasa itulah jawapannya kak. Terima kasih kak sebab bagi satu jawapan yang memang saya sangat-sangat perlu sekarang.” Saya memegang bahu Kak Comel yang bertubuh sedikit kecil daripada saya. Ingin sekali memeluknya saat itu. Ramai orang lalu-lalang buat saya membatalkan hasrat itu. Kami sama-sama melangkah ke kelas. Terasa panas kelopak mata. Tanpa saya sedar air jernih yang hangat hampir sahaja mengalir keluar dari tempatnya. Betapa tidak tenangnya hati saya bila berjauhan dengan Al-Quran, saya tidak menyedari. Terasa kerdil sungguh diri ini pada waktu itu. Astaghfirullah. Namun, rasa tenang pula menyusup dalam hati tidak tahu datang dari arah mana.
“Awak, jangan nangis dulu, dah nak masuk kelas ni!” Kak Comel masih sempat bergurau. Bijak Kak Comel cuba menenangkan saya. Saya tersenyum tanpa kata. Bersyukurnya saya kerana saya tahu kata-kata kak Comel itu ialah pesanan Allah buat saya supaya kembali pada-Nya. Wallahualam.
P/S: Watak dalam cerita ini bukan nama sebenar untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak.
Tuesday, August 16, 2011
Know Him then Love Him
How do we know that Allah really exist thou we never see Him through our naked eyes? How to understand and realize that He really exists? Maybe these sorts of questions are familiar among all of my friends, but this entry is not more than a reminder to first and foremost my own self, and only then I might be able to disseminate it to others, biiznillah...:)
Get back to our main issue, the analogy is like when you see a car. Cars are very easy to find because in this era, these human inventions are becoming so important that everyone in this world feel that to own a car is a must. That is a different topic you would say but I was trying to tell you that this analogy is very common and surely, you can imagine it.:)
Car. When you see a car on the road heading to somewhere, without people telling you, you’ll know that this car is driven by someone so called human, or man. If I told you that the car is driven by nobody and it is just moving itself, would you believe me? You’ll say, “You weird!” or “Have u been slap by anyone today, you want to have some?” Haha. That’s the point. Everything in this world do has creators. Then how perfect creatures like human don’t? Good for us to figure out.
*Cell is said as the basic unit of life
We can see how Allah gives life to His creatures and He’s the one to take back the life when the day comes. Every second we heard there are so many babies born in the hospitals but at the same time, there are so many people die due to vary reasons. I don’t really understand the people that believe in evolution theories, people evolve from one form to another. ‘At past time we are monkeys, and at present, we are human’. So what are we next? Elephant? ‘Where are we coming from? Nowhere. Where are we heading to? Nowhere’. ‘No creators’. ‘We are evolve through time’. These are all ridiculous.*emotional*
This reminds me of a story told by my naqibah ‘not-so’ long time ago. There are two men walking down a street. One of them is an atheist (A) and another is a muslim (M). After awhile, both of them saw a really large, charming, stunning house. It was so big and the design was unique. M told A that the house is made by itself.
“A, don’t you know, nobody made this house? The house formed itself. The bricks arranged themselves to their place, the cements pasted themselves on the wall and the paints and brush all did their work themselves.” M said with a serious look.
“Huh, you got to be kidding me! Are you crazy or something? It is impossible bricks, cements, paints and whatsoever non-living things could dance like that!”
“Why can’t you believe me? I thought you’ll think alike.”
“ Such a beautiful house must have engineers to design, and labours to complete it to become like one.” A argued.
“BINGO! What about human and this wonderful universe, don’t we have a creator too?”
“.....”
I am too small to perceive everything about Him
But we can’t easily understand some of the attributes by only looking at the creations. Some of the attributes are too divine to be comprehend by us for instance, Al-A’laa, Al-Rahim, Al-Hasib.
“ Sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).” (al-Baqarah:255)
*I can’t provide translation for this quranic ayah. Sorry for the inconvenience.
P/S: Selamat Menyambut Nuzul Quran to all Muslimin and Muslimat all over the world. May Allah protect the Quran from being mischief by the disbelievers and may He place the Quran in every of our heart so that we will never be astray. Aminn....
Monday, August 15, 2011
APAKAH AMALANKU DITERIMA??


Wednesday, August 3, 2011
The Brave One!!!
Salam Ramadhan... Alhamdulillah hari ini dah masuk hari keempat semua umat Islam menjalankan ibadah berpuasa di bulan rahmat bulan Ramadhan.Rupa-rupanya taktik aku yang tidak memberitahu ibu dan ayah terlebih dulu sebelum memandu adalah langkah yang betul kerana pertama, aku tak mahu ibu dan ayah risaukan aku ketika mereka bekerja, dan kedua, aku juga perlu mencuba walau apa cara sekalipun. Jika tidak, aku tidak akan berani memandu sehingga kini. Alhamdulillah. Kini ibu juga sudah percaya untuk naik kereta yang aku pandu tanpa ayah disebelahku. Alhamdulillah.:)

Sunday, July 24, 2011
Ramadhan Ya Ramadhan

ALLAHUAKRAM
Wednesday, June 22, 2011
Sakitnya GiGi!
Assalamualaikum w.b.t.
16/6/2011
Hari ini dah masuk 4 hari aku menderita sakit gigi. Hampir setiap malam aku tak dapat melenakan mata gangguan daripada gigi yang ngilu dan kesakitan. Dari hari pertama sakit lagi aku bercadang nak jumpa dentist, tapi asyik tertangguh.
Petang ini aku nekad. Gentar juga kerana hampir setahun aku tidak berjumpa dengan dentist. Kadang-kala aku menyesal kerana tak jumpa dentist semasa di kuliyyah dulu. Kuliyyah of Dentistry sangatlah dekat dengan Kuliyyah of Science. Aku sepatutnya ambil peluang itu untuk kebaikan gigi-gigi aku. Tetapi, apalah yang hendak disesalkan. Bak kata pepatah, nasi dah jadi bubur. Huhu.
Ketika tiba di Klinik Kesihatan Maharani, laju saja kaki aku melangkah ke klinik pergigian yang terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat itu. Maklumlah, ibuku pernah bertugas disitu sebelum berpindah ke Hospital Besar Sultanah Fatimah, Muar. Tahulah aku dimana klinik gigi. :) Ambil nombor dan tunggu giliran, perkara biasa yang perlu dibuat kalau mendapatkan perkhidmatan di klinik kerajaan. Bayaran rm1 dikenakan. Inilah salah satu sebab aku suka ke klinik kerajaan. Bayarannya murah. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan klinik kerajaan yang dikatakan memberi khidmat kurang memuaskan, terpaksa berasak-asak dengan orang ramai dan katanya, ubat yang diberikan tidak memberi kesan. Itu semua mungkin benar tapi hospital kerajaan tidaklah teruk sangat terutama klinik gigi.=)
Alhamdulillah, petang ni tak ramai pesakit gigi nampaknya. Tak lama lepas aku duduk di tempat menunggu, nombor giliran aku disebut. Bila masuk sahaja di bilik no.3 aku digreet dengan ramahnya oleh dentist wanita yang berbangsa Cina.
"Awak datang untuk buat apa?"
"Saya nak check saja dulu doktor, sebab saya ada sakit kat bahagian sini,"ujarku sambil memutarkan telunjukku di bahagian kanan mulutku. Jelas sekali aku tidak tahu gigi yang mana satu punca kepada kesakitan yang aku alami, tapi aku memang rasa sakit pada semua bahagian gigi dan gusi sebelah kanan.
"Tak apa, saya check dulu ok."
"Ok, semua 'sound'. Owh, gigi ini ada karies la. Berlubang. Awak ada rasa sakit di sini?"
Aku mengangguk.
"Saya akan buat cabutan biasa dahulu, oleh sebab gigi itu tumbuh senget sikit, mungkin susah sikit nak cabut. Kalau cabutan biasa tak berjaya, kita terpaksa buat pembedahan kecil. Kita terpaksa potong sikit gusi."
Biar betul doktor ni, cepatnya buat keputusan. Tapi aku rasa mungkin ini jalan terbaik sebab aku dah tak dapat tahan sakitnya. InshaAllah. Tapi gigi yang mana satu doktor nak cabut? Aku rasa sakit kat semua tempat. Dan, gigi yang mana satu pula yang senget ni? Aku rasa gigi bawah aku semuanya tumbuh tegak. Hmm, biarlah. Kerja doktor. InshaAllah doktor tu tahu apa yang dia buat. Bukannya aku tak pernah dengar kes dentist tersalah cabut gigi orang. Tapi, buat masa ni aku tak nak fikir tu semua sebab, aku dah redha.
Doktor bagi aku bius dan suruh aku tunggu sebentar di luar. Lepas lebih kurang 10minit..
"Ok, sila duduk. Saya akan buat cabutan biasa dahulu ya."
"Dah tak sakit kan," ujar doktor sambil mencucuk-cucuk ke gusiku dengan menggunakan alat yang aku pun tak pasti apa dia.
"Emm." Bunyi itu saja yang aku mampu keluarkan kerana tangan doktor sudah berada dalam mulut aku. Bimbang tergigit pula tangan doktor. Ok, tak lawak.
Doktor mula menjalankan prosedur nak mencabut gigi aku yang aku tak tahu yang mana satu. Cukup saja aku gelarkannya gigi X. Susah untuk aku tentukan gigi yang mana kerana bius buat aku confius. Mulanya, aku dapat rasa doktor menggunakan satu alat untuk menolak gusi di sekeliling gigi X, kemudian, barulah doktor mengambil pliers dan saat itu aku tahu, inilah masanya gigi X akan pergi selama-lamanya. Aku pejamkan mata. Doktor mula memutarkan gigi itu, saat itu aku berasa sakit yang amat. Aku mengerang kesakitan perlahan tetapi didengari doktor.
"Sakit ke?" Aku mengangguk.
Nurse yang ada di bilik itu menghampiriku dan mengarahkan aku membuka mata dan tidak mengeraskan badan.
"Dik, jangan keraskan badan, dan buka mata. Ikut sahaja gerak tangan doktor. Lembutkan badan."
Doktor masih lagi berusaha dengan menggunakan sepenuh daya yang dia ada. Ya Allah, memang sakit rupanya cabut gigi ini. Baru sahaja sedikit kesakitan yang Allah beri. Sakit siksaan di akhirat nanti pasti lebih mengerikan.
Tak berapa lama selepas itu, gigi itu berjaya dicabut. Alhamdulillah, aku lega. Tapi darah yang mengalir terlampau banyak. Seorang lagi doktor lelaki yang ada di situ memberitahu aku supaya menggigit kapas sekuatnya dan melarang aku berkumur.
"Ini gigi kamu, lihat lubangnya," doktor menunjukkan gigi yang berlumuran darah kepada aku. Gigi geraham rupanya. Ingin juga aku melihat lubangnya, tetapi disebabkan aku terlalu sakit, tidak sempat untuk aku berbuat demikian.
"Wahh, hebatlah doktor!" Nurse yang membantu tadi memuji doktor. ???
Setibanya di rumah, aku segera melihat cermin muka. Bila diamati, aku sedar, rupa-rupanya, gigi geraham bongsu (third molar/wisdom tooth) sebelah kanan aku itulah gigi X. Patutlah doktor kata pada awal tadi, gigi itu tumbuh menyenget.Memang benar gigi itu tumbuh sangat condong. Sungguh hebat juga ya penangan wisdom teeth ni! Tapi, aku rasa lega sebab wisdom teeth ni, sejak dari dia mula tumbuh, dia memang buat aku risau. Tumbuhnya condong dan tak keluar habis. Mungkin terhalang tumbesarannya oleh gigi depan atau dipanggil second molar. Ruangan untuk gigi itu juga sempit. Satu masalah yang dihadapi ialah kesukaran untuk membersihkan makanan yang mudah teselit di antara second molar dengan third molar tu. Apabila berlaku begitu, aku terpaksa mencungkil dengan berus gigi semahu-mahunya sehingga bersih. Namun, mungkin akibat terlalu kuat, gusi di bahagian tersebut sering luka dan nampak tidak sihat.
Menurut rakan-rakanku dan pengalaman keluargaku sendiri, proses pertumbuhan wisdom teeth akan menjadi sangat sakit sehingga menyebabkan seseorang itu demam dan sebagainya. Berbeza pula dengan pengalamanku. Alhamdulillah aku tidak mempunyai sebarang masalah ketika tumbuhnya wisdom teeth ni. Bagaimanapun bagiku, cabutan wisdom teeth yang baru aku lakukan memang yang tersakit pernah aku alami ketika rawatan pergigian. Scaling jatuh nombor dua. Huhu. Tapi, sebelum itu, aku masih perlu risau satu perkara iaitu aku masih ada satu lagi wisdom tooth di sebelah kiri ni. Aku yakin masanya pasti tiba. Aku hanya perlu jalankan tugas jaga dia macam selalu aku jaga.:)
Setiap orang biasanya memiliki empat gigi geraham bongsu atau wisdom teeth atau third molar ini, dua di atas dan dua di bahagian bawah. Selalunya wisdom teeth usually appear antara 16 and 25 tahun. Wisdom teethku mula tumbuh ketika aku Form5 kalau tak silap, tapi hanya gigi bawah di kiri dan kanan. Kebanyakan orang dewasa akan ada empat wisdom teeth tapi ada juga yang mempunyai lebih. Ini disebut sebagai supernumerary teeth. Moga-moga aku bukan salah seorang daripada orang yang 'super' tu. Sememangnya, bila wisdom teeth kita tumbuh, dia akan effect gigi kita yang lain. Ia boleh jadi impacted atau condong. Mujur wisdom teeth aku cuma condong, tidak impacted. Selalunya, rawatan yang diberikan ialah extraction atau cabutan. Yang menariknya, lebih kurang 35% of the population tak tumbuh langsung pun wisdom teeth ni. Kuasa Allah!
Dalam 4jam selepas cabutan, kesan bius habis. Aku menanggung kesakitan yang amat sangat. Hanya Allah yang tahu. Doktor tak beri ubat kumur, jadi ibu cadangkan aku berkumur dengan air garam dan makan dua biji panadol. Sakit berkurang kerana aku tertidur. Namun, tidur pun dalam keadaan tidak selesa sebab darah tak henti mengalir. Kapas yang doktor bagi pon dah nak habis sebab darah yang banyak tu.
20/6/11
Sudah tiga hari aku hanya mampu makan bubur sahaja. Setiap malam ketika hendak tidur, aku pastikan aku mengambil dua biji panadol kerana bimbang tidurku terganggu, namun, tidak ada apa yang dapat kulakukan. Selain tidur tidak lena kerana sakit di bahagian gigi yang telah dicabut, aku juga terasa sakit di bahagian berdekatan tekak dan telinga. Sukar untuk aku menelan hatta air liur pun, apatah lagi makanan. Bercakap? Sudah berapa hari aku hanya berdiam dan bercakap ayat pendek sahaja dengan ahli keluarga. Bagus juga ya. Mendidik diri supaya bersyukur dengan ability bercakap kita. Jangan selalu bercakap perkara yang tidak bermanfaat buat kita atau orang lain. InshaAllah. Ada sekali aku pernah cuba bercerita panjang dengan ibu tentang kisahku ketika cabut gigi, tiba-tiba tempat cabutan tadi berdarah dengan banyak sekali. Setelah itu, aku mengambil langkah untuk berdiam. :)
21/6/11
Risau juga aku dibuatnya kerana sehingga bangun tidur pagi tadi, kesan cabutan masih lagi sakit. Bubur masih lagi menjadi santapanku. Esok aku ditugaskan untuk menerangkan tentang tajuk Tauhid kepada rakan-rakan seusrahku. Tidak sedap hati pula untuk memberi alasan sakit gigi kerana perkara ini memang sudah diputuskan minggu lepas oleh Dr. Laili (naqibahku) dan aku pun dah bersetuju. Aku mohon Allah beri kesembuhan kepadaku jika itu yang terbaik bagiku.
22/6/11
Ya Allah, syukur! Syukur pada Allah.. Bangun sahaja dari tidur pagi tadi, aku dapati gigiku sudah tidak terlalu sakit seperti selalu. Cuma sengal-sengal sahaja. Apabila aku cuba bercakap, alhamdulillah sudah tidak rasa sakit seperti semalam. Lega hati aku. Moga Allah beri kemudahan untuk aku menyampaikan sedikit pengisian petang ini. Aku gembira kerana aku juga sudah boleh senyum dan tertawa seperti selalu. Tiada lagi rasa sakit. Syukur pada Allah, penyampaian aku juga berjalan lancar.
Monday, March 7, 2011
For you, a thousand times over......

Sunday, October 3, 2010
Perkataan Yang baik..
Buat semua kawan2 yang sudi melawat blog saya nih...
Alhamdulillah..
Setakat waktu ini, Allah masih lagi memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan menumpang pijak di Bumi ciptaannya..
Alhamdulillah..
Setakat ketika ini, jari-jemariku masih lagi pantas menekan butang2 keyboard di hadapanku ini...
Alhamdulillah..
Dia memberiku peluang mengingati-Nya, mengingati nikmatnya yang tidak terbilang seluas langit,selebar bumi..malah lebih lagi dari jangkauan mata kasarku...
Kalau kita lihat sendiri, akhir zaman ni, ramai Muslim yang hanya Islam pada nama..iaitu Islam 'I' besar..kalau nak ikut Bahasa Melayu yang kita belajar masa sekolah dulu, kita kena guna capital letter untuk kata nama khas..yang merujuk pada nama..contoh: Cik Nurul Balqis, Mahallah Maimunah, Kulliyah Of Science, dan sebagainya..padahal sepatutnya seorang islam itu islam dengan islam 'i' kecil...di mana huruf kecil ini digunakan biasanya untuk verb atau perbuatan..Jelas sekali islam itu sendiri adalah perbuatan bukan sekadar nama..Islam adalah satu cara hidup yang melengkapi seluruh aspek kehidupan..ayat buku teks yang kita dok hafal time SPM dulu..adakah kita benar2 faham maksudnya?..jika ya, mengapa kita selalu lupa dan sombong macam kita yang menongkah bumi ni, menongkat langit?
Berbalik kepada tajuk saya..'Perkataan yang Baik'..ade juga perkataan BAIK tuh..berlagak baik betul la Balqis nih..haha..mintak maaf jika ada yang terfikir sebegitu...saya tidak lebih,tidak kurang hanya ingin berkongsi pandangan..moga Allah mengira usaha saya menulis dan perhatian kalian ini sebagai timbangan kebajikan..inshaAllah...Perkataan yang baik ni benda kecil yang selalu kita pandang mudah, tetapi bukan saya yang cakap..Allah memang dah pesan kat dalam kitab dia..antaranya dalam Surah Al-Isra'..
Kadang-kadang kita sebagai manusia nih terlalu mementingkan ego sendiri sehingga susah nak terima teguran orang. Kita sanggup membelakangkan Allah dan Rasul, juga segala ilmu yang telah kita belajar sejak dulu tentang akhlak yang baik semata-mata untuk memelihara keegoan yang sampai bila nak pelihara pon kita tak akan puas.. Ada juga yang sanggup berbunuh-bunuhan hanya kerana memelihara nama. Sampai bilalah kita akan hidup dengan nama besar kita tuh?..sampai bila kita akan hidup dengan harta kita yang melimpah ruah tak habis guna keturunan pun,dengan kecantikan atau ketampanan wajah kita yang tak terperi cantiknya pada pandangan menipu mata manusia padahal dalam pandangan mata Allah kita ni kosong, hina-dina...dan akhirnya kepada Allah jua tempat dikembalikan..
Tidak terlalu kejamlah jika saya buat statement yang propaganda Kafir Laknatullah telah hampir berjaya...tidak berani saya katakan sehampir mana...tetapi kita boleh nilai sendiri apa yang berlaku dalam dunia kita sekarang nih..contoh yang paling dekat ialah FACEBOOK...sejauh mana FACEBOOK ini memberi benefit dalam hidup kita sebagai Muslim?..atau adakah ia sekadar merosakkan akhlak kita?..fikir2kan lah...ada juga kita lihat pertelagahan berleluasa dalam FACEBOOK....bila dikaji siapa yang terlibat..berstatus Muslim..perkataan yang digunakan memang cukup 'enak' untuk didengar dan tidak mencerminkan Muslim yang kita semua tahu fitrahnya baik..Bukannya nak kata ,"HARAM!!!!" ada facebook..saya pun ada account juga..tapi saling ingat-mengingat la kegunaannye.. Contoh if saya tiba2 hanyut dalam gelora FB, kawan2 saya tolong la tarik saya kembali ke Siratul Mustaqim ye tak?..itulah gunanya kawan yang seiman, sefikrah dengan kita... tapi ade juga caranya, jangan la dimalukan saya ni dikhalayak umum..mau bukan saya nak ikut nasihat kawan tuh,saya lagi benci dengan orang yang memberi nasihat tuh..lagi dibuat pula kesalahan itu semata2 menyakitkan hati kawan yang menegur dengan tidak berhikmah tadi..consequence nye?..hancurlah brotherhood..sesama Muslim dah jadi musuh no.1..kalau sesama Muslim dah jadi lawan, siapa yang hang nak harapkan jadi kawan?..Orang Bukan Islam?!harapkan pagar, pagar makan padi..mereka lagi benci kat hang, hang tau dak?..(tiba2 tukar loghat..maap org kedah!hehe=)) sebab itu mahal sungguh hubungan sesama Muslim ni..Habluminallah, habluminannas, dua2 kena jaga naa..
Wahai sahabat2 ku..bilakah waktunya kita akan sedar yang Kafir laknatullah itu sedang gembira bertepuk tangan, ketawa tak ingat dunia melihat senario pemuda-pemuda Islam zaman ini..terlalu jelas yang pemuda Islam kini tidak sehaluan..masing-masing mengakui diri masing2 betul sehingga sukar menghadam nasihat orang lain..suka saya ingatkan terutama diri sendiri bahawa fitrah islam itu baik..lembut..setiap apa yang dilakukan mesti berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..saya juga tidak alim dalam memahami kedua-dua sumber agung ini..masih lagi belajar..namun, memetik syarahan Ustaz Abdul Rezak tyme lecture, Islam itu mudah..be good, thats it!.. Dah jadi islam dah..
Gerun bila fikir apa yang Kafir laknatullah rancang selama ini, sudahpun menampakkan hasilnya..tinggal nak kutip hasil je...bayangkanlah, kalau tiba2 Malaysia diserang..berapa kerat jela yang nak mengangkat senjata memperjuangkan agama kita..yang selebihnya sibuk dengan perkara2 lagha yang diasaskan Kafir Laknatullah tu sendiri...masih dibawah sedar..gerun jika Allah murka dengan kita..
Apa yang saya post ni tidak lebih hanya untuk mengingatkan diri saya sendiri..INSAN pun derive dari perkataan NASA yang bermaksud lupa...so setiap insan tidak akan pernah lari dari sifat lupa.. Yang sempurna itu hanya Allah..namun manusia itu wajib ingat-mengingatkan agar tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi..inshaAllah..
Wallahu a'alam...
Thursday, May 6, 2010
Sweet Home of Mine!
Show our expression of gratitude to God by do what He ask and leave His prohibition. Start with rectifying your solat..because solat is the head of ibadah.. We can feel much more closer to Allah when we perform our solat in an open-heart. InsyaAllah.. We'll also become a better and better person from day to day..plus,becoming a strong-minded muslim muslimah.. aminn..
This previous few weeks, i have spent much of my while at home..i need to settle housework before 11 in the morning and usually i will serve lunch for my family..as i am still fresh in this field (cooking), i can cook only simple-cooked food such as sambal, 'masak air', 'goreng kicap'..vegetables are the easiest food to cook..but i haven't learn how to cook food of coconut cream based..now i really want to cook chicken curry but my mum in this last few days fonds of cooking early in the morning because she want to bring some food as supply so that she do not need to buy food during lunch..this is good for our family economy but not for me..i need to improve my cooking skill..hehe
To tell you the truth,i met someone that is also 20..my neighbour..she is beautiful and born in wealth family...she has so much advantages to be compared with me..she is competent in driving and the most important thing is she is really a good cooker..haha don't misunderstand..cooking is my passion, i really do not influenced by her..haha but i was thinking, how can't she become so talented..i m not jealous ok!(still denying..hahaha..) Whatever it is, i want to improve myself in cooking as well as preparing myself to be a good wife..omg!.. To all young girls out there..no matter wherever you are,in the country or overseas..just learn how to cook.. because i think it worth..hihi see you next time..assalamualaikum
Tuesday, May 4, 2010
when?..
i think, i had not given my best during the interview..lack of practise and weak English empowering reduce my confidence to win judges' hearts..the only hopes are prayers..
Sunday, April 25, 2010
MUET and MunSyI..
Yesterday was my MUET and MunSyI exam. Alhamdulillah, everything was going fine. MUET started at 8a.m. while MunSyI was at 4p.m.
7.45a.m. candidates were allowed to enter examination hall..it was quite surprising when i saw the private individual candidates took part about one over three of the total number of candidates..at first,i thought it won't be that much..huhu but it made me more relax..
First paper was 800/3 Reading that contains 45 questions with long 6 passages. Frankly speaking, the paper was not so tough but still, lack of practice won't help. The passages were easy to understand but i was distracted by some words that i don't know the meanings..huhu..but Alhamdulillah, i manage to answer all questions before while.
Writing is my weakest part in every English Test but i tried to be positive and do the best yesterday..hahaa i was lucky because the questions were again so straight to the point..but i worried if i got the wrong idea..ya Allah,kepadamu sahaja aku bertawakkal..The format?similar as IELTS writing test..
For your info, during taking IELTS last year, Listening paper was my favourite paper and Alhamdulillah that i got band 7.5.it did help to increase my overall band since my Writing Test's band was only 5.5.. Because of that reason, i hope that the same thing could happen in my MUET..InsyaAllah..
*confidential
*Registration Slip
MunSyI, shorts for Malaysian University Selection yearly Inventory is actually a psychometrical instrument to measure personality.interest,and carrier conformity to identify an appropriate course for a candidate. Tha questions were all about ourselves.Interesting but confusing.
Example: Kawan karib saya mungkir janji, tetapi saya tidak kecewa.(ya/tidak)
and another one: Saya tidak pernah mungkir janji pada kawan karib saya..(ya/tidak)
Tricky huh?..hahaha
*n0 picture is available for MunSyI paper..huhu
Firman Allah,
'dan berjihadlah kamu dgn sebenar-benar jihad. Dia telah memilih kamu, dan dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama'-al-hajj,78.
wassalam
Tuesday, April 20, 2010
VERY VERY RECENT
15th April was the date I went for an interview at International Islamic University Malaysia(IIUM) for Dentistry Course. For your information, before I had a call from IIUM, all that I knew was IIUM had rejecting my online application for don't know what reason. I was very grateful that IIUM actually had some problems with their computer system on that time.. But I worried because I have only few days to prepare for the interview. I just do a quick research and googled some infos about IIUM and Dentistry but unluckily, I failed to print it.
A day before the interview, I had a short practice session with my friend Sandy. She also chosen for the interview. I thought, it was a good idea since Sandy ia a competant English user but I don't know whether it works.. The one n half hours conversation was really important to me to gain strength and catch some tips from Sandy..
On the counted day, we ( my family and I) arrived IIUM safely. But my heart still 'lup-dup'ing vigorously. Proudly announced that I was the first candidate arrived at about 9.45a.m.. It was to early since the interview will be started at 11a.m.. My family and I waited in front of the meeting room,level 1, Kulliyyah of Dentistry which is the vanue of the interview. I was slightly regret because I haven't take any picture there. Do you think that I'll dare to do that when I was really scared?haha..
Umai was called to enter the meeting room.. I didn't know why I feel like I was the next. As what I expected, I was called after Umai.. There were four panels in the room. Two men as well as women. I tried to relax all my muscles but I worried it looked fake.hehe.. I sat straight to a men that looked like the Dean of Kulliyyah of Dentistry.. i did not know but I just think he is the dean..huhu..
I was asked to introduce myself at first. Then the dean asked me a killer question, " You are not so good for India,so, do you think that you're good enough for us?" I answered, "Yes." then I gave reasons why actually I did not make well in my A-level.. My English is not so fluent, and to be frank I a little bit worried because what I know, they will choose people mainly from their English speaking..mmm, but I hope that they can judge me based on other characteristics that will make me qualified. The last question from the dean was, " Do you good in art? " I just say yes because I have talent in drawing and decorating. For me,that are also part of art. Then, surprisingly, he asked me to wave ketupat..oh my god, I don't know how to wave ketupat.. he gave me two ribbons that were tiny, curly and silky.."You can go out first and come back with your ketupat..a nice one,okay?" hahaha..i just smile and seek help from my dad..outside the meeting room, I saw Umai was actually being help by others to create an origami of a bird. I went downstairs to find my dad but after few times trying, he failed to wave it..plus,wind was blowing strongly. it made the process to wave ketupat even harder..At last, Umai's mum willing to help..eventually, a cute little ketupat was formed.haha thanks to umai's mum for helping..after a few minutes, I was called again.. I handed on the ketupat and they were smiling to see such a cute ketupat..I admitted that it was not my hand-made, Umairah's mum made it for me..hehe..one of them said, "so, we should take Umairah's mum!" everyone was laughing..I quickly said that eventhough that, I helped her to adjust the ribbons and tightened the ketupat..then, they all just smiling at me..
The result will be annouced at the end of this month by calling the persons who success..person who unlucky will not being called and the official letter will be sent on June.
I hope that I will make it and what is more important that I can pursue my study to become someone one day.By the grace of Allah, I am still living peacely with so many poeple love and care about me.Thanks to ibu and ayah for being always by my side and share every happiness and sadness I endure. Sometimes, I think that I'm the most lucky person in this world.
These are some picture i took at Teluk Cempedak,Kuantan,Pahang..just stop by to have a lunch here..look at that air kelapa..they tasted great!huhu okay,see you again on the next post..
assalamualaikum



.jpg)













