Powered By Blogger

Sunday, October 3, 2010

Perkataan Yang baik..

Assalamualaikum wbt..
Buat semua kawan2 yang sudi melawat blog saya nih...
Alhamdulillah..
Setakat waktu ini, Allah masih lagi memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan menumpang pijak di Bumi ciptaannya..
Alhamdulillah..
Setakat ketika ini, jari-jemariku masih lagi pantas menekan butang2 keyboard di hadapanku ini...
Alhamdulillah..
Dia memberiku peluang mengingati-Nya, mengingati nikmatnya yang tidak terbilang seluas langit,selebar bumi..malah lebih lagi dari jangkauan mata kasarku...

Suka kiranya saya nak mengajak kawan2, cuba kita sama2 bertanya pada diri, sejauh mana kita telah menjadi seorang Muslim?..Apabila saya menyebut Muslim di sini?..Apakah yang terbayang dipandangan mata kita..mungkin kita akan terfikir..cukupkah solatku?..puasaku?..sudahkah aku bersedekah?..haji?aku belum mampu..Dan saya bertanya lagi..Sejauh manakah kita dah menjadi seorang muslim yang BAIK?..saya tambah perkataan BAIK tu untuk kita sama2 renung,adakah Muslim itu wajar dipisahkan dengan perkataan BAIK?.. Apabila disebut Muslim sudah tentu pekara2 baik sahaja yang terlintas dalam kotak fikiran.. Begitulah yang saya fikir apabila kali pertama soalan itu muncul dalam fikiran...

Kalau kita lihat sendiri, akhir zaman ni, ramai Muslim yang hanya Islam pada nama..iaitu Islam 'I' besar..kalau nak ikut Bahasa Melayu yang kita belajar masa sekolah dulu, kita kena guna capital letter untuk kata nama khas..yang merujuk pada nama..contoh: Cik Nurul Balqis, Mahallah Maimunah, Kulliyah Of Science, dan sebagainya..padahal sepatutnya seorang islam itu islam dengan islam 'i' kecil...di mana huruf kecil ini digunakan biasanya untuk verb atau perbuatan..Jelas sekali islam itu sendiri adalah perbuatan bukan sekadar nama..Islam adalah satu cara hidup yang melengkapi seluruh aspek kehidupan..ayat buku teks yang kita dok hafal time SPM dulu..adakah kita benar2 faham maksudnya?..jika ya, mengapa kita selalu lupa dan sombong macam kita yang menongkah bumi ni, menongkat langit?

Berbalik kepada tajuk saya..'Perkataan yang Baik'..ade juga perkataan BAIK tuh..berlagak baik betul la Balqis nih..haha..mintak maaf jika ada yang terfikir sebegitu...saya tidak lebih,tidak kurang hanya ingin berkongsi pandangan..moga Allah mengira usaha saya menulis dan perhatian kalian ini sebagai timbangan kebajikan..inshaAllah...Perkataan yang baik ni benda kecil yang selalu kita pandang mudah, tetapi bukan saya yang cakap..Allah memang dah pesan kat dalam kitab dia..antaranya dalam Surah Al-Isra'..

Kadang-kadang kita sebagai manusia nih terlalu mementingkan ego sendiri sehingga susah nak terima teguran orang. Kita sanggup membelakangkan Allah dan Rasul, juga segala ilmu yang telah kita belajar sejak dulu tentang akhlak yang baik semata-mata untuk memelihara keegoan yang sampai bila nak pelihara pon kita tak akan puas.. Ada juga yang sanggup berbunuh-bunuhan hanya kerana memelihara nama. Sampai bilalah kita akan hidup dengan nama besar kita tuh?..sampai bila kita akan hidup dengan harta kita yang melimpah ruah tak habis guna keturunan pun,dengan kecantikan atau ketampanan wajah kita yang tak terperi cantiknya pada pandangan menipu mata manusia padahal dalam pandangan mata Allah kita ni kosong, hina-dina...dan akhirnya kepada Allah jua tempat dikembalikan..

Tidak terlalu kejamlah jika saya buat statement yang propaganda Kafir Laknatullah telah hampir berjaya...tidak berani saya katakan sehampir mana...tetapi kita boleh nilai sendiri apa yang berlaku dalam dunia kita sekarang nih..contoh yang paling dekat ialah FACEBOOK...sejauh mana FACEBOOK ini memberi benefit dalam hidup kita sebagai Muslim?..atau adakah ia sekadar merosakkan akhlak kita?..fikir2kan lah...ada juga kita lihat pertelagahan berleluasa dalam FACEBOOK....bila dikaji siapa yang terlibat..berstatus Muslim..perkataan yang digunakan memang cukup 'enak' untuk didengar dan tidak mencerminkan Muslim yang kita semua tahu fitrahnya baik..Bukannya nak kata ,"HARAM!!!!" ada facebook..saya pun ada account juga..tapi saling ingat-mengingat la kegunaannye.. Contoh if saya tiba2 hanyut dalam gelora FB, kawan2 saya tolong la tarik saya kembali ke Siratul Mustaqim ye tak?..itulah gunanya kawan yang seiman, sefikrah dengan kita... tapi ade juga caranya, jangan la dimalukan saya ni dikhalayak umum..mau bukan saya nak ikut nasihat kawan tuh,saya lagi benci dengan orang yang memberi nasihat tuh..lagi dibuat pula kesalahan itu semata2 menyakitkan hati kawan yang menegur dengan tidak berhikmah tadi..consequence nye?..hancurlah brotherhood..sesama Muslim dah jadi musuh no.1..kalau sesama Muslim dah jadi lawan, siapa yang hang nak harapkan jadi kawan?..Orang Bukan Islam?!harapkan pagar, pagar makan padi..mereka lagi benci kat hang, hang tau dak?..(tiba2 tukar loghat..maap org kedah!hehe=)) sebab itu mahal sungguh hubungan sesama Muslim ni..Habluminallah, habluminannas, dua2 kena jaga naa..

Wahai sahabat2 ku..bilakah waktunya kita akan sedar yang Kafir laknatullah itu sedang gembira bertepuk tangan, ketawa tak ingat dunia melihat senario pemuda-pemuda Islam zaman ini..terlalu jelas yang pemuda Islam kini tidak sehaluan..masing-masing mengakui diri masing2 betul sehingga sukar menghadam nasihat orang lain..suka saya ingatkan terutama diri sendiri bahawa fitrah islam itu baik..lembut..setiap apa yang dilakukan mesti berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..saya juga tidak alim dalam memahami kedua-dua sumber agung ini..masih lagi belajar..namun, memetik syarahan Ustaz Abdul Rezak tyme lecture, Islam itu mudah..be good, thats it!.. Dah jadi islam dah..

Gerun bila fikir apa yang Kafir laknatullah rancang selama ini, sudahpun menampakkan hasilnya..tinggal nak kutip hasil je...bayangkanlah, kalau tiba2 Malaysia diserang..berapa kerat jela yang nak mengangkat senjata memperjuangkan agama kita..yang selebihnya sibuk dengan perkara2 lagha yang diasaskan Kafir Laknatullah tu sendiri...masih dibawah sedar..gerun jika Allah murka dengan kita..

Apa yang saya post ni tidak lebih hanya untuk mengingatkan diri saya sendiri..INSAN pun derive dari perkataan NASA yang bermaksud lupa...so setiap insan tidak akan pernah lari dari sifat lupa.. Yang sempurna itu hanya Allah..namun manusia itu wajib ingat-mengingatkan agar tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi..inshaAllah..

Wallahu a'alam...