Sabda Rasulullah S.A.W, " Awal Ramadhan itu rahmat, ditengahnya keampunan dan diakhirnya pembebasan dari api neraka. " (riwayat Salman al-Farisi)
Rasa bagai baru semalam menjalankan ibadah puasa dan menyambut kemenangan di Hari Raya Aidilfitri, namun dalam lebih kurang seminggu sahaja lagi bulan yang penuh rahmat bulan Ramadhan akan menjenguk umat Islam di seluruh dunia. Perasaan dalam hati bercampur-baur memikirkan adakah diri ini benar-benar bersedia menghadapi bulan penuh barakah ini. Bukan lapar dahaga sahaja yang menjadi persoalan tetapi memikirkan mampukah aku merebut sebanyak mana ganjaran yang Allah berikan berganda-ganda dalam bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain.
Bersyukur juga kerana Ramadhan kali ini aku berpeluang menjalankan ibadah puasa sebulan dengan keluarga tercinta. Sejak dari Form 1 lagi, aku tidak berpeluang untuk berpuasa sebulan dengan ahli keluarga, biasanya seminggu terakhir barulah aku dapat pulang ke kampung. Berbeza dengan tahun ini, Allah beri aku peluang merasai Ramadhan keseluruhannya disisi keluarga tercinta. Alhamdulillah.
Nikmatnya bersahur dan berbuka menjadikan Ramadhan itu nikmat bagi umat Islam. Kita disunatkan melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka kerana ada kebaikannya. Bersahur adalah sunat tetapi sunat yang sangat dituntut.
“ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Secara logik juga, kita dapat memikirkan kebaikan bersahur kerana dengan bersahur kita akan lebih bertenaga untuk menjalankan pekerjaan di siang hari.
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" Riwayat Bukhari dan Muslim
Namun, besederhanalah dalam berbuka takut-takut pahala yang digalas melebur dek kerana sikap membazir dan ketamakan. Nauzubillah.
Dan Moga Allah tidak menjadikan kita orang yang rugi dan celaka dalam Bulan Ramadhan ini.
"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" Riwayat Bukhari.
RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.Apabila Baginda turun, kamipun berkata: Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.
Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين.Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak mensalawatkan ke atas kamu”. Akupun berkata: امين.Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”. Aku menjawab: امين.
Sehingga di sini dulu,
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
RAMADHAN KARIM!
ALLAHUAKRAM
ALLAHUAKRAM