Powered By Blogger

Monday, March 7, 2011

For you, a thousand times over......


Assalamualaikum,


Alhamdulillah..dengan kuasaNya jua yang menggerakkan hati ini menekan butang kekunci..


Agak lama juga saya tak blogging lepas the previous post. Mungkin atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Unexplainable nampaknya. Huhu.


Hati terdetik nak tulis this post adalah kerana baru sahaja habis membaca novel. Novel yang agak terkenal juga dikalangan kawan-kawan saya. First time that I heard this novel is when I was in KTT, dalam hampir setahun yang lepas. My friend, Farihah was reading this novel and dia ada la cerita serba sedikit pasal buku ni kat saya. But at that time, langsung tak rasa tertarik dengan novel ni (bukan sebab Farihah yang cerita, tapi sebab saya ni memang bukan seorang yang suka membaca novel..+_+), tapi baru-baru ni, I was trying to cultivate reading habit in myself and I found a book titled Lipstick Jihad. It is a kind of novel. Tapi tersangat la tak best. Saya rasa Umairah (another friend) perasan yang saya try untuk baca juga buku tu because for me, it was not that book, but me who are hating reading. Saya paksa diri baca sebab mungkin bukan salah buku yang tak best, saya rasa ia tak best sebab tu mind-set saya. Umairah suggested me the another book because that book is not so suitable for me, a "beginner"..+_+ Mungkin dia yakin yang saya akan minat pada pembacaan after saya baca buku yang dia suggest tu?hmm...maybe she's right..bisik hati saya waktu tu..


The Kite Runner,written by Khaled Hosseini...


'Tajuknya tak ada la menarik sangat', saya tak endahkan suara-suara hati yang menduga, terus sahaja menyelak novel ni satu persatu...



Kisah ni boleh dikatakan flashback kisah hidup seorang lelaki Aghanistan yang telah migrate ke San Francisco 26 tahun yang lepas dalam latar masa Desember 2001.



'There is a way to good again', keluh lelaki yang bernama Amir dalam muka surat yang awal-awal. I was wondering Amir ni macam pernah melakukan perkara jahat selama hidup dia. Tapi sejahat mana?


For short, Amir seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh seorang ayah tanpa ibu. Dia mempunyai seorang kawan yang sangat akrab dengannya iaitu Hasan (Anak kepada Ali,orang gaji ayahnya)


Kisah persahabatan Amir dan Hasan pada awal peceritaan sangat best dan mengagumkan kerana Hasan sangat-sangat menyayangi Amir dan sanggup lakukan apa sahaja demi Amir. Banyak scene-scene yang menyentuh hati (biasalah bila cerita pasal sahabat..). Sayangnya, Hasan dianggap Amir tidak lebih dari seorang anak kepada orang gaji ayahnya.


For you, a thousand times over......


Ayahnya yang digelar Baba seorang bapa yang sangat tegas dengan Amir tetapi dalam masa yang sama pada mata Amir, ayahnya sukar menunjukkan kasih sayang padanya tetapi dilihat sangat menyayangi Hasan. Timbul rasa iri hati namun sebagai anak kecil, sahabat bermain tetap sahabat bermain. Hingga terjadinya satu peristiwa yang menjadi titik hitam dalam perjalanan hidup dua sahabat ini, bermula dengan peristiwa itulah titik permulaan konflik dalam cerita ini...


Bagi yang belum membaca cerita ni lagi, saya syorkan semua bacalah sebab Khaled memang pandai buat orang tersentuh dan banyak juga unsur-unsur kejutan. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebab novel ni menceritakan kenyataan yang berlaku di Afghanistan melalui kaca mata seorang anak kecil. Cubalah bayangkan tempat kita membesar dan bermain ketika kecil dahulu, tentulah ia masih segar dalam ingatan. Tapi, tak berdarahkah hati bila apa yang kita dapati ialah kemusnahan dan kepedihan. Unsur-unsur ketuhanan juga ada diterapkan dalam novel ini. Buat kita lebih menghargai kurniaan yang Tuhan beri.


Alhamdulillah, selepas 3 kali renew buku dari library (kena renew buku dua minggu sekali,meaning saya dah pinjam buku tu 6 minggu! Lama tak?),saya berjaya juga habiskan pembacaan, walaupun seakan sukar mempercayai. Waktu itu ada Biochemistry Lab. Ambil peluang baca kerana itu adalah lab terakhir untuk sem ini dan tidak banyak step dalam eksperimen tu pon (mengelakkan rasa bersalah pada Sister Rahila+_+). Kekurangannya ialah tak dapat menangis sepuas-puasnya sebab orang ramai kat keliling.


Tak best la jika saya ceritakan semua isi buku ini dari kulit ke kulit. Just giving the preview so that you guys will be interested to read it.hehe Benda yang baik mestilah tak mahu simpan sendiri kan. InshaAllah apa yang baik kita kongsi. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk baca tu bolehlah cari di kedai-kedai buku yang berdekatan ya!(Tak pasal-pasal jadi promoter).
Last but not least, thanks to Umairah and Farihah yang perkenalkan buku ni. Thumb's up lah!*_*
Wallahu 'alam=)