"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." (Al-Baqarah:155)
Assalamualaikum w.b.t.
16/6/2011
Hari ini dah masuk 4 hari aku menderita sakit gigi. Hampir setiap malam aku tak dapat melenakan mata gangguan daripada gigi yang ngilu dan kesakitan. Dari hari pertama sakit lagi aku bercadang nak jumpa dentist, tapi asyik tertangguh.
Petang ini aku nekad. Gentar juga kerana hampir setahun aku tidak berjumpa dengan dentist. Kadang-kala aku menyesal kerana tak jumpa dentist semasa di kuliyyah dulu. Kuliyyah of Dentistry sangatlah dekat dengan Kuliyyah of Science. Aku sepatutnya ambil peluang itu untuk kebaikan gigi-gigi aku. Tetapi, apalah yang hendak disesalkan. Bak kata pepatah, nasi dah jadi bubur. Huhu.
Ketika tiba di Klinik Kesihatan Maharani, laju saja kaki aku melangkah ke klinik pergigian yang terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat itu. Maklumlah, ibuku pernah bertugas disitu sebelum berpindah ke Hospital Besar Sultanah Fatimah, Muar. Tahulah aku dimana klinik gigi. :) Ambil nombor dan tunggu giliran, perkara biasa yang perlu dibuat kalau mendapatkan perkhidmatan di klinik kerajaan. Bayaran rm1 dikenakan. Inilah salah satu sebab aku suka ke klinik kerajaan. Bayarannya murah. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan klinik kerajaan yang dikatakan memberi khidmat kurang memuaskan, terpaksa berasak-asak dengan orang ramai dan katanya, ubat yang diberikan tidak memberi kesan. Itu semua mungkin benar tapi hospital kerajaan tidaklah teruk sangat terutama klinik gigi.=)
Alhamdulillah, petang ni tak ramai pesakit gigi nampaknya. Tak lama lepas aku duduk di tempat menunggu, nombor giliran aku disebut. Bila masuk sahaja di bilik no.3 aku digreet dengan ramahnya oleh dentist wanita yang berbangsa Cina.
"Awak datang untuk buat apa?"
"Saya nak check saja dulu doktor, sebab saya ada sakit kat bahagian sini,"ujarku sambil memutarkan telunjukku di bahagian kanan mulutku. Jelas sekali aku tidak tahu gigi yang mana satu punca kepada kesakitan yang aku alami, tapi aku memang rasa sakit pada semua bahagian gigi dan gusi sebelah kanan.
"Tak apa, saya check dulu ok."
"Ok, semua 'sound'. Owh, gigi ini ada karies la. Berlubang. Awak ada rasa sakit di sini?"
Aku mengangguk.
"Saya akan buat cabutan biasa dahulu, oleh sebab gigi itu tumbuh senget sikit, mungkin susah sikit nak cabut. Kalau cabutan biasa tak berjaya, kita terpaksa buat pembedahan kecil. Kita terpaksa potong sikit gusi."
Biar betul doktor ni, cepatnya buat keputusan. Tapi aku rasa mungkin ini jalan terbaik sebab aku dah tak dapat tahan sakitnya. InshaAllah. Tapi gigi yang mana satu doktor nak cabut? Aku rasa sakit kat semua tempat. Dan, gigi yang mana satu pula yang senget ni? Aku rasa gigi bawah aku semuanya tumbuh tegak. Hmm, biarlah. Kerja doktor. InshaAllah doktor tu tahu apa yang dia buat. Bukannya aku tak pernah dengar kes dentist tersalah cabut gigi orang. Tapi, buat masa ni aku tak nak fikir tu semua sebab, aku dah redha.
Doktor bagi aku bius dan suruh aku tunggu sebentar di luar. Lepas lebih kurang 10minit..
"Ok, sila duduk. Saya akan buat cabutan biasa dahulu ya."
"Dah tak sakit kan," ujar doktor sambil mencucuk-cucuk ke gusiku dengan menggunakan alat yang aku pun tak pasti apa dia.
"Emm." Bunyi itu saja yang aku mampu keluarkan kerana tangan doktor sudah berada dalam mulut aku. Bimbang tergigit pula tangan doktor. Ok, tak lawak.
Doktor mula menjalankan prosedur nak mencabut gigi aku yang aku tak tahu yang mana satu. Cukup saja aku gelarkannya gigi X. Susah untuk aku tentukan gigi yang mana kerana bius buat aku confius. Mulanya, aku dapat rasa doktor menggunakan satu alat untuk menolak gusi di sekeliling gigi X, kemudian, barulah doktor mengambil pliers dan saat itu aku tahu, inilah masanya gigi X akan pergi selama-lamanya. Aku pejamkan mata. Doktor mula memutarkan gigi itu, saat itu aku berasa sakit yang amat. Aku mengerang kesakitan perlahan tetapi didengari doktor.
"Sakit ke?" Aku mengangguk.
Nurse yang ada di bilik itu menghampiriku dan mengarahkan aku membuka mata dan tidak mengeraskan badan.
"Dik, jangan keraskan badan, dan buka mata. Ikut sahaja gerak tangan doktor. Lembutkan badan."
Doktor masih lagi berusaha dengan menggunakan sepenuh daya yang dia ada. Ya Allah, memang sakit rupanya cabut gigi ini. Baru sahaja sedikit kesakitan yang Allah beri. Sakit siksaan di akhirat nanti pasti lebih mengerikan.
Tak berapa lama selepas itu, gigi itu berjaya dicabut. Alhamdulillah, aku lega. Tapi darah yang mengalir terlampau banyak. Seorang lagi doktor lelaki yang ada di situ memberitahu aku supaya menggigit kapas sekuatnya dan melarang aku berkumur.
"Ini gigi kamu, lihat lubangnya," doktor menunjukkan gigi yang berlumuran darah kepada aku. Gigi geraham rupanya. Ingin juga aku melihat lubangnya, tetapi disebabkan aku terlalu sakit, tidak sempat untuk aku berbuat demikian.
"Wahh, hebatlah doktor!" Nurse yang membantu tadi memuji doktor. ???
Setibanya di rumah, aku segera melihat cermin muka. Bila diamati, aku sedar, rupa-rupanya, gigi geraham bongsu (third molar/wisdom tooth) sebelah kanan aku itulah gigi X. Patutlah doktor kata pada awal tadi, gigi itu tumbuh menyenget.Memang benar gigi itu tumbuh sangat condong. Sungguh hebat juga ya penangan wisdom teeth ni! Tapi, aku rasa lega sebab wisdom teeth ni, sejak dari dia mula tumbuh, dia memang buat aku risau. Tumbuhnya condong dan tak keluar habis. Mungkin terhalang tumbesarannya oleh gigi depan atau dipanggil second molar. Ruangan untuk gigi itu juga sempit. Satu masalah yang dihadapi ialah kesukaran untuk membersihkan makanan yang mudah teselit di antara second molar dengan third molar tu. Apabila berlaku begitu, aku terpaksa mencungkil dengan berus gigi semahu-mahunya sehingga bersih. Namun, mungkin akibat terlalu kuat, gusi di bahagian tersebut sering luka dan nampak tidak sihat.
Menurut rakan-rakanku dan pengalaman keluargaku sendiri, proses pertumbuhan wisdom teeth akan menjadi sangat sakit sehingga menyebabkan seseorang itu demam dan sebagainya. Berbeza pula dengan pengalamanku. Alhamdulillah aku tidak mempunyai sebarang masalah ketika tumbuhnya wisdom teeth ni. Bagaimanapun bagiku, cabutan wisdom teeth yang baru aku lakukan memang yang tersakit pernah aku alami ketika rawatan pergigian. Scaling jatuh nombor dua. Huhu. Tapi, sebelum itu, aku masih perlu risau satu perkara iaitu aku masih ada satu lagi wisdom tooth di sebelah kiri ni. Aku yakin masanya pasti tiba. Aku hanya perlu jalankan tugas jaga dia macam selalu aku jaga.:)
Setiap orang biasanya memiliki empat gigi geraham bongsu atau wisdom teeth atau third molar ini, dua di atas dan dua di bahagian bawah. Selalunya wisdom teeth usually appear antara 16 and 25 tahun. Wisdom teethku mula tumbuh ketika aku Form5 kalau tak silap, tapi hanya gigi bawah di kiri dan kanan. Kebanyakan orang dewasa akan ada empat wisdom teeth tapi ada juga yang mempunyai lebih. Ini disebut sebagai supernumerary teeth. Moga-moga aku bukan salah seorang daripada orang yang 'super' tu. Sememangnya, bila wisdom teeth kita tumbuh, dia akan effect gigi kita yang lain. Ia boleh jadi impacted atau condong. Mujur wisdom teeth aku cuma condong, tidak impacted. Selalunya, rawatan yang diberikan ialah extraction atau cabutan. Yang menariknya, lebih kurang 35% of the population tak tumbuh langsung pun wisdom teeth ni. Kuasa Allah!
Dalam 4jam selepas cabutan, kesan bius habis. Aku menanggung kesakitan yang amat sangat. Hanya Allah yang tahu. Doktor tak beri ubat kumur, jadi ibu cadangkan aku berkumur dengan air garam dan makan dua biji panadol. Sakit berkurang kerana aku tertidur. Namun, tidur pun dalam keadaan tidak selesa sebab darah tak henti mengalir. Kapas yang doktor bagi pon dah nak habis sebab darah yang banyak tu.
20/6/11
Sudah tiga hari aku hanya mampu makan bubur sahaja. Setiap malam ketika hendak tidur, aku pastikan aku mengambil dua biji panadol kerana bimbang tidurku terganggu, namun, tidak ada apa yang dapat kulakukan. Selain tidur tidak lena kerana sakit di bahagian gigi yang telah dicabut, aku juga terasa sakit di bahagian berdekatan tekak dan telinga. Sukar untuk aku menelan hatta air liur pun, apatah lagi makanan. Bercakap? Sudah berapa hari aku hanya berdiam dan bercakap ayat pendek sahaja dengan ahli keluarga. Bagus juga ya. Mendidik diri supaya bersyukur dengan ability bercakap kita. Jangan selalu bercakap perkara yang tidak bermanfaat buat kita atau orang lain. InshaAllah. Ada sekali aku pernah cuba bercerita panjang dengan ibu tentang kisahku ketika cabut gigi, tiba-tiba tempat cabutan tadi berdarah dengan banyak sekali. Setelah itu, aku mengambil langkah untuk berdiam. :)
21/6/11
Risau juga aku dibuatnya kerana sehingga bangun tidur pagi tadi, kesan cabutan masih lagi sakit. Bubur masih lagi menjadi santapanku. Esok aku ditugaskan untuk menerangkan tentang tajuk Tauhid kepada rakan-rakan seusrahku. Tidak sedap hati pula untuk memberi alasan sakit gigi kerana perkara ini memang sudah diputuskan minggu lepas oleh Dr. Laili (naqibahku) dan aku pun dah bersetuju. Aku mohon Allah beri kesembuhan kepadaku jika itu yang terbaik bagiku.
22/6/11
Ya Allah, syukur! Syukur pada Allah.. Bangun sahaja dari tidur pagi tadi, aku dapati gigiku sudah tidak terlalu sakit seperti selalu. Cuma sengal-sengal sahaja. Apabila aku cuba bercakap, alhamdulillah sudah tidak rasa sakit seperti semalam. Lega hati aku. Moga Allah beri kemudahan untuk aku menyampaikan sedikit pengisian petang ini. Aku gembira kerana aku juga sudah boleh senyum dan tertawa seperti selalu. Tiada lagi rasa sakit. Syukur pada Allah, penyampaian aku juga berjalan lancar.
"Semoga kesakitan yang aku alami tempoh hari menjadi pelebur dosa-dosa lampauku atas kelalaianku padaMu Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yang mampu memimpin hamba Mu ini ke jalan yang Engkau redhai. Maka, perkenankanlah Ya Rahman Ya Rahim"
No comments:
Post a Comment