Powered By Blogger

Wednesday, January 28, 2009

PALESTINA

Jeep Israel Dibom, Askar Israel Mati dan Lainnya Cedera
Posted by admin
Jan 28


Nazaret/Gaza – Palestinkini : Sumber-sumber Israel, Selasa (27/01), menyebutkan seorang askarnya mati dan sejumlah lainnya tecedera dalam ledakan yang menghentam jeep tentera Israel di utara pos tentera Kisovim di timur Deir Balah, wilayah tengah Semenanjung Gaza.

Para saksi menyebutkan orang-orang bersenjata Palestin meledakan bom pada jeep tentera Israel di utara pos tentera Kisovim di timur Deir Balah dan membunuhkan seorang askar dan mencederakan 3 lainnya.
Sumber-sumber ltidak rasmi menjelaskan sebanyak 9 jeep tentera Israel berkumpul di utara pos tentera Kisovim dan melepaskan 4 serangan artileri ke arah kawasan pertanian Palestin. Sementara itu pasukan khas Israel langsung diterjunkan ke lokasi setelah serangan tersebut. Sedang pesawat helikopter Israel terbang di atas lokasi kejadian.
Di pihak lain, sumber Palestin menyebutkan seorang warga Palestin gugur ditembak pasukan penjajah Israel di timur Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza, Selasa (27/01). Menurut sumber medik, mangsa bernama Anwar Zayid (24) gugur setelah terkena serangan kendaraan tentera Israel.
Pasukan penjajah dan jeep-jeep tentera melancarkan serangan ke arah para petani Palestin dan rumah-rumah warga awam di timur Khan Yunis hingga mengakibatkan salah seorang warga gugur.
Pesawat-pesawat helicopter Israel masih terbang di atas kawasan tersebut sambil melepaskan tembakan ke arah warga awam secara membuta tuli.


27 Masjid dan Banyak Surau Dihancurkan Israel
Posted by admin
Jan 21

Wina – Palestinkini : Sahabat untuk Kemanusiaan Antarabangsa atau Friends of Humanity International (HumanRights Organization) yang berpejabat di Wina Austria, Selasa (20/01), mengeluarkan laporan tentang keganasan-keganasan pasukan Zionis Israel yang menghancurkan rumah-rumah ibadah selama keganasan yang dilancarkan ke Semenanjung Gaza.

Organisasi HAM dunia ini dalam laporannya, sebagaimana diterima, mengatakan bahawa “selama serangan Israel yang mengenai banyak warga awam Palestin dan lokasi-lokasi awam Palestin lainnya, pasukan penjajah Israel secara sengaja, sebagaimana diakui para pejabat Israel, telah menggempur rumah-rumah ibadah di Semenanjung Gaza dengan bom dan senjata beratnya, bersama orang-orang yang sedang beribadah di dalamnya di sebahagian kejadian. Hal ini dilakukan Israel dalam perang menyeluruh terhadap Semenanjung Gaza.”
Organisasi ini memberikan data yang mendokumentasikan nama-nama dan lokasi 27 masjid yang dihancurkan oleh tentera Israel sejak dimulai keganasan ke Semenanjung Gaza pada 27 Desember 2008 lalu. Masjid-masjid tersebut disebutkan nama-namanya sebagaimana dikenal oleh orang-orang Palestin. Dijelaskan nama masjid, lokasi dan gambar serangan yang terjadi di setiap masjid serta nampak yang ditimbulkan akibat serangan penghancuran Israel tersebut.
Organisasi HAM dunia ini juga menyebutkan puluhan masjid lain yang mengalami kerosakan lebih ringan akiabt serangan pasukan Israel ke rumah-rumah atau institusi-insititusi awam yang bersebelahan dengan masjid-masjid di SemenanjungGaza. Pasukan Israel juga menghancurkan banyak surau (lebih kecil dari masjid) yang ada di bangunan-bangunan pentadbiran, yayasan, komplesk sukan, pejabat polis dan di institusi-institusi awam lainnya yang menjadi target gempuran dan bom dari Israel.
Sahabat untuk Kemanusiaan Antarabangsa mengecam serangan Israel terhadap warga awam dan rumah-rumah ibadah. Pihaknya menilai, “Serangan terhadap masjid-masjid dan institusi-institusi awam lainnya oleh pasukan penjajah Israel merupakan penindasan besar terhadap kehormatan masjid, rumah ibadah dan institusi-institusi awam.” Organisasi HAM dunia ini mengatakan, “Hal itu tidak pelik kepada pasukan penjajah Israel yang terus melakukan kejahatan perang setiap hari terhadap rakyat Palestin. Dengan senjata-senjata berat, mereka menyerang kanak-kanak, kaum wanita, orang tua dan rumah-rumah yang aman dalam perang mereka terhadap orang-orang Palestin.”
Apa yang dilakukan Israel saat ini, menurut organisasi HAM ini, selaras betul dengan apa yang dilakukan misinya di tanah Palestin di wilayah green line pada tahun 1940-an yang lalu. Mereka menghancurkan ribuan rumah ibadah dan tempat-tempat sacral. Aksi-aksi semacam ini sama dengan aksi-aksi misi Serbia yang melakukan pembunuhan dalam perangnya terhadap rakyat Bosnia dan Herzigoslava pada tahun 1990-an lalu serta penghancuran yang mereka lakukan terhadap rumah-rumah ibadah di sana.”
Sahabat untuk Kemanusiaan Antarabangsa mengatakan, “Pengakuan penjajah tentang adanya orang-orang bersenjata Palestin di dalam masjid adalah kebohongan.” Buktinya adalah “mereka yang berlindung di masjid-masjid adalah mereka yang rumah-rumahnya dihancurkan penjajah Israel, kebanyakan adalah kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua.”

>Berita Terkini Palestin

Sebagai seorang student Muslim, tugas kita bukan hanya study...study...study...tp kita ada tugas yang lg berat dari sekadar jd ulat buku..matlamat kita sudah tentu bukan hanya nak jd seorang doctor or dentist tp matlamat itu harus dsertai dengan niat agar kita dapat memberi sumbangan kepada Islam supaya dapat bangun membina satu empayar gemilang yang pernah kita nikmati satu ketika dahulu..kita bukan lemah kerana Allah di pihak yang benar..bukankah Allah akan membantu hambaNya yang membantu agamaNya?InsyaAllah..yakinlah wahai sahabat..mari kita sama2 beringat..jgn putus doa ok!!(^.^)

wasalam..

No comments: