Bismillah...
"Dan orang kafir pula, amalan mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkakan air oleh orang yang dahaga, (lalu dia menuju kearahnya) sehingga apabila sampai ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkakan itu, (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapat hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya) dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya." (an-Nur:39)
Assalamualaikum....
Kadang-kala timbul tanda tanya dalam diri kita apabila kita melihat ramainya dari kalangan orang-orang kafir melakukan amalan-amalan baik dan menunjukkan akhlak yang baik melebihi umat Islam sendiri. Bagaimana dengan amalan mereka? Apakah Allah masih menerima amalan mereka? Ayat Allah di atas memberi gambaran bagaimana perhitungan Allah terhadap orang-orang kafir. Amalan yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang tidak beriman ini hanya akan menjadi sia-sia dan mereka tetap akan diberi hukuman oleh Allah kelak. Persoalannya di sini, mengapa pula berlaku demikian? Adakah kita ingin mengatakan yang Allah itu sungguh tidak adil?
Allah Hanya Menerima Amal Orang -orang Yang Beriman
Definisi 'beriman' bagaimana yang berlegar-legar dikotak fikiran kita sepintas ayat diatas dibacakan? Sedari kecil kita telah memahami konsep iman apabila topik ini sentiasa menjadi topik HOT yang sering keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam. Apatah lagi mereka yang bersekolah di sekolah-sekolah agama, seawal usia tujuh tahun lagi mereka sudah diperkenalkan dengan konsep beriman dari kaca mata Islam. Alhamdulillah. Kepercayaan kepada Allah, kitab-kitab Allah, utusan-utusan Allah, malaikat-malaikat Allah, yaumul Qiyamah dan Qada' dan Qadar Allah semua ini adalah tunjang kepada keimanan umat Islam. Tanpa ini semua, kehidupan seseorang itu akan menjadi tidak tentu arah de
k kerana tiada baja asas yang menyuburi diri seseorang tersebut. Namun, adakah sekiranya kita sukses dalam menghafal keenam-enam tunjang keimanan ini kita sudah boleh dikira beriman? Persoalan ini juga yang sering saya tanya pada diri saya yang jawapannya sudah saya tahu, TIDAK.
Bagaimana menilai keimanan diri sendiri?
Seorang yang benar-benar beriman menjalani kehidupannya berlandaskan apa yang ditentukan Allah dan menjauhi larangannya, dia melakukan tiap-tiap perkara kerana Allah, mengharapkan redhaNya, mengharapkan ganjaran pahalanya, dan mengimpikan kehidupan abadi di syurga. Ciri-ciri yang saya sebutkan tadi jika difikirkan, kembali semua kepada enam perbincangan tauhid atau lebih dikenali dengan rukun iman yang saya telah sebut sebelum ini. Sekiranya kita menghayati keenam-enamnya, untuk menjadi individu beriman itu, mungkin tidak sesukar yang kita bayangkan sekarang.
Orang yang tidak beriman kepada Allah tidak akan melakukan amalan kerana Allah. Mungkin amalan yang dilakukan keranan manusia atau harta. Dia tidak mengharapkan keredhaan Allah dan melakukan sesuatu tanpa berfikir halal haramnya. Dia sangat cintakan dunia kerana dia tidak mempercayai kehidupan selepas mati itulah yang abadi. Sejauh mana amal yang dilakukan tidak akan membawa sebarang makna sekiranya kalimah syahadah tidak bertakhta di hati. Sebagaimana yang dikhabarkan dalam ayat Allah diatas, amalan mereka ibarat riak sinaran panas ditanah rata, atau kini dikenali sebagai fatamorgana atau dalam Bahasa Inggeris disebut mirages (kalau tak salah saya) Moga kita dijauhkan dari golongan sebegitu.
Perumpamaan
Sebagaimana sebuah kisah yang diceritakan, ada seorang lelaki (lelaki A) yang sedang berjalan-jalan lalu terjumpa sebuah kebun. Dia masuk ke kebun itu, makan dan minum hasil daripada tanaman dan ternakan di kebun itu, dan dia juga bekerja di situ. Datang juga seorang lelaki (lelaki B) yang menjumpai kebun itu, dia juga ingin bekerja di kebun itu, lantas dia mencari tuan empunya kebun tersebut. Dia meminta kebenaran untuk bekerja di kebun itu lalu diberikan kebenaran. Tuan kebun menunjukkan cara-cara yang betul untuk bercucuk tanam dan menjaga ternakan kepada lelaki B. Lelaki B bekerja dengan rajin dan mengikut cara-cara yang diajarkan tuan kebun. Berbeza dengan lelaki A, dia bekerja dengan sesuka hatinya. Tuan kebun melihat lelaki A lalu menunjukkan cara yang betul kepadanya. Namun, dia mengendahkan tuan kebun dan berbuat sesuka hati. Apabila tiba masa mengutip hasil, siapakah menurut pandangan anda layak diberi upah? Lelaki A atau B?
Begitulah diumpamakan perbezaan orang yang beriman dan orang kafir. Tidak semestinya juga kita yang lahir dari keluarga Islam disangka sudah betul-betul beriman. Berdoalah supaya Allah sentiasa membimbing hati kita lurus di jalan yang diredhainya. Aminn...
"Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah mana engkau memberikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Pemberi."
p/s: looking forward to go back to ma school this weekend..i have to travel alone..may Allah protect me from bad things..aminn..:)
No comments:
Post a Comment