Salam Ramadhan... Alhamdulillah hari ini dah masuk hari keempat semua umat Islam menjalankan ibadah berpuasa di bulan rahmat bulan Ramadhan.
Hari ini aku sekali lagi cuba drive tanpa pengetahuan parents aku...alhamdulillah kerana Allah telah beri aku keselamatan dan sebelum itu memberi aku keberanian untuk drive( dapat ruh ramadhan agaknya)..jika tidak Allah beri kekuatan itu pasti aku tidak mampu melakukan..
Bukan niat untuk merahsiakan perkara ini daripada mereka. Ayat aku sebelum ini semacam menunjukkan yang aku tak bagitau parents aku langsung. Bukan itu maksud aku. Kali pertama aku drive sendiri adalah after aku pulang dari Program Tautan Mahabbah di Felda Selancar. Before program aku singgah beberapa hari di rumah Maisarah (kawan sekampus) di Muadzam Shah. Mungkin dia adalah asbab yang menjadikan aku berani kerana di rumahnya, aku lihat dia sangat cekap memandu walhal dia memandu kereta manual. Di rumah, kereta ayah kereta automatik, masakan itu pun aku masih tidak berani.
Sebelum ini apabila aku minta izin nak drive,ibu dan ayah selalu melarang dengan alasan bimbang keselamatanku. Aku tahu benar mereka sangat-sangat risau dengan keselamatan anak-anak mereka. Bila ibu dan ayah terlalu risau, aku jadi kurang yakin dengan diri sendiri. Langsung aku tidak memandu. Tapi bila aku pulang dari Selancar, tiba-tiba semangat baru berkobar-kobar. Aku beranikan diri untuk keluar ke kedai dengan kereta. Itu kali pertama, aku memandu, seorang diri, keluar ke jalan besar. Memang nervous, tapi aku atasi perasaan itu sebab aku tak nak selama-lamanya aku tak akan memandu. Alhamdulillah aku selamat pulang. Apabila sudah pulang ke rumah barulah aku beritahu ibu yang berada di tempat kerja. Tak dapat aku gambarkan betapa risaunya ibu ketika itu. Dia seakan-akan tak percaya aku berani drive seorang diri. Bila ibu beritahu ayah, ayah pun terkejut tetapi ternyata mereka tidak marah. Mereka cuma berpesan agar aku lebih berhati-hati. Selepas dari kejadian itu, aku lebih kerap memandu. Semakin lama semakin jauh aku drive. Hehe. Tapi dalam hati tak berhenti memohon Allah melindungi aku daripada sebarang kecelakaan.
Rupa-rupanya taktik aku yang tidak memberitahu ibu dan ayah terlebih dulu sebelum memandu adalah langkah yang betul kerana pertama, aku tak mahu ibu dan ayah risaukan aku ketika mereka bekerja, dan kedua, aku juga perlu mencuba walau apa cara sekalipun. Jika tidak, aku tidak akan berani memandu sehingga kini. Alhamdulillah. Kini ibu juga sudah percaya untuk naik kereta yang aku pandu tanpa ayah disebelahku. Alhamdulillah.:)
Rupa-rupanya taktik aku yang tidak memberitahu ibu dan ayah terlebih dulu sebelum memandu adalah langkah yang betul kerana pertama, aku tak mahu ibu dan ayah risaukan aku ketika mereka bekerja, dan kedua, aku juga perlu mencuba walau apa cara sekalipun. Jika tidak, aku tidak akan berani memandu sehingga kini. Alhamdulillah. Kini ibu juga sudah percaya untuk naik kereta yang aku pandu tanpa ayah disebelahku. Alhamdulillah.:)
P/S: tertarik dengan kuih apam polkadot yang Tasha sebut. Nak buat ke tidak?hmm..
No comments:
Post a Comment