Powered By Blogger

Wednesday, March 14, 2012

Cerita tentang STRESS!!!

“Saya stress, stress!!” Ujar saya ketika meletakkan pinggan di atas meje cafeteria KAHS. Suasana cafe pagi itu tak sesibuk waktu lunch. Semeja dengan saya ada Peers1, dan Peers2. Mereka ini adik bagi saya.

“Awak Peers( Pembimbing Rakan Sebaya lebih kurang), tolonglah akak ni.” Itu jawapan saya pada pandangan hairan yang di’laser’kan pada saya. Hari tu saya memang rasa sangat-sangat stress atas macam-macam sebab.

Minggu ni saya plan nak balik rumah and dah siap beli tiket bas dah. Bas CEPAT, Jumaat, pukul 9.30 pagi. Memang yakin hari tu tak ada kelas. Memang dah tersangat happy. Tiba-tiba semalam, Dr. Kamaliah beritahu yang Jumaat ini akan diadakan replacement class pukul 11.30-12. OMG! STRESS!!

Assignment melambak, Mid Term Exam dah dekat. STRESS!!

Hujan tak henti-henti dari pagi sampai petang. Basuh baju tak kering-kering. STRESS!!

Anjing-anjing berkeliaran kat depan bilik saya. STRESS!!

Saya bercerita dengan mereka diselangselikan suapan nasi ke mulut. Pandangan STRESS saya lontarkan kepada mereka bertiga.

“Akak, minta maaf lah, saya rasa, kalau bagi saya, saya akan buat benda yang saya suka,barulah saya tak rasa stress” ujar Peers1 yang terkenal dengan ketenangan wajahnya walaupun sibuk. Nadanya ikhlas. Saya berfikir. Buat apa yang kita suka?

“Macam mana nak buat apa yang kita suka? Assignment, Test, siapa yang suka??” Balas saya dengan nada tak puas hati menunjukkan betapa STRESS nya saya.

Peers1 hanya tersenyum tanpa jawapan. Mungkin dia pening nak menjawab soalan kakaknya ini.

Saya ulang lagi pertanyaan saya sambil merayu mereka selesaikan masalah saya atau paling tidak mengurangkan STRESS saya sikit.

“Akak, kami boleh mendengar masalah akak tapi kami tak boleh selesaikannya. Hanya akak yang dapat menyelesaikan masalah akak sendiri,” Peers2 pula yang berbicara setelah lama memerhati gelagat saya yang kononnya STRESS sangat. Dalam masa yang sama, datang Kak Comel mengambil tempat di kerus kosong disebelah saya. Tanpa mengganggu perbualan kami, dia menikmati minumannya. Saya meneruskan perbincangan yang menSTRESSkan itu dengan Peers1 dan Peers2.

Air teh ais di tangan saya teguk selepas selesai menghabiskan hidangan nasi putih+sardin+timun itu. “Isshhh, pahit! Stressnya saya!!” Hati semakin panas bila air yang diteguk pun tak menyebelahi saya. Semua yang ada dihadapan saya tersenyum memerhati.

“Akak, kami pergi dulu la ya. Kelas dah nak mula ni,” kata Peers1 menutup perbincangan.

“Owh, awak nak tinggalkan akak makan seorang diri ke? Ish, stress!!” Jawapan saya kali ini tidak bernada serius. Memang niat untuk bergurau. Mereka berlalu sambil tertawa sedang Kak Comel masih berada di sebelah saya memerhati.

“Mari akak rasa teh ais awak tu,” kata Kak Comel.

“Rasalah kak, mesti akak pun stress rasa air ni,” jawab saya sambil meletakkan bungkusan air dekat dengan Kak Comel. Kecil-kecil mata Kak Comel menahan pahit. Tergelak saya dibuatnya.

“Haa, pahit kan. Saya dah bagitahu dari awal lagi!” Ketawa saya masih bersisa. Kami sudah sedia untuk bangun dan bergerak ke kelas. Beg sudah saya capai untuk digalas.

“Macam mana ya kak? Apa pendapat akak tentang apa yang saya cerita tadi?” tergerak hati saya bertanya kerana saya pasti Kak Comel dari tadi mendengar perbualan kami dengan penuh teliti.

Sambil bangun Kak Comel bertanya kepada saya, “Hari ini dah baca al-Quran ke belum?”

Soalan ini betul-betul menyucuk tangkai hati saya yang tadinya panas suam-suam.

“Ya Allah!” Hati saya kembali berbisik.

“Hari ini belum lagi la kak. Tak sempat tadi.” Itu jawapan yang mampu saya beri. Tapi soalan Kak Comel itulah jawapan yang saya cari sebenarnya. Buat saya waras kembali. Rasional kembali mengambil tempat emosi.

“Akak, saya rasa itulah jawapannya kak. Terima kasih kak sebab bagi satu jawapan yang memang saya sangat-sangat perlu sekarang.” Saya memegang bahu Kak Comel yang bertubuh sedikit kecil daripada saya. Ingin sekali memeluknya saat itu. Ramai orang lalu-lalang buat saya membatalkan hasrat itu. Kami sama-sama melangkah ke kelas. Terasa panas kelopak mata. Tanpa saya sedar air jernih yang hangat hampir sahaja mengalir keluar dari tempatnya. Betapa tidak tenangnya hati saya bila berjauhan dengan Al-Quran, saya tidak menyedari. Terasa kerdil sungguh diri ini pada waktu itu. Astaghfirullah. Namun, rasa tenang pula menyusup dalam hati tidak tahu datang dari arah mana.

“Awak, jangan nangis dulu, dah nak masuk kelas ni!” Kak Comel masih sempat bergurau. Bijak Kak Comel cuba menenangkan saya. Saya tersenyum tanpa kata. Bersyukurnya saya kerana saya tahu kata-kata kak Comel itu ialah pesanan Allah buat saya supaya kembali pada-Nya. Wallahualam.

P/S: Watak dalam cerita ini bukan nama sebenar untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak.


No comments: