MH370, hilangmu tanpa tanda,
analisa-analisa data yang dikhabarkan umum tidak cukup untuk membuatku percaya,
kerana hilangmu tanpa tanda.
Mungkin semua pakar-pakar aerotechnology boleh menyatakan apa-apa teori yang dirasakan benar,
namun ilmu mereka itu terbatas, terbatas pada mesin-mesin ciptaan manusia,
boleh sahaja diandaikan kokpit terbakar, radar tidak dapat menghantar signal, atau dihijak pengganas sekalipun, teori sekadar teori, hati-hati masih terluka tidak terubati,
kerana hilangmu tanpa tanda.
Wahai Tuhan yang maha Mengetahui setiap apa yang di langit dan di bumi, hanya Engkau yang maha Mengetahui misteri MH370 ini. Hanya di tangan Engkau letaknya rahsia itu. Dan perancangan-Mu sebaik-baik perancang. Tiada sesuatupun yang berlaku di dunia ini Engkau lengah darinya. Pasti ada hikmah besar yang Engkau ingin tunjukkan kepada kami.
Wahai Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang, redakanlah kesedihan hamba-hamba-Mu yang belum berhenti merintih permergian keluarga dan sanak-saudara mereka lantaran tragedi ini. Lontarkanlah ketenangan dalam hati-hati mereka saat pengumuman, " The seaching of MH370 ended here" dibuat. Allah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Moga Ruh mereka yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH370 aman dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin amin amin ya Rabbal Alamin.....
No comments:
Post a Comment