Powered By Blogger

Tuesday, October 28, 2014

Begedil Simple Sangat :D

Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya tidak bermanja-manja dengan Blogspot. Bila lama sudah tidak menulis, apalagi, skil semacam menumpul. Huhu. Tidak mengapalah. Boleh sahaja dimulakan semula walaupun dengan sekeping kertas resepi, bukan. :)

Image credited to Google Image

Resepi ini aku kongsi kerana kesukaan yang mendalam pada begedil (bukan bedegil ye, sebut betul-betul!). Pernah dulu, cuba buat di rumah. Waktu itu belum lagi berumah dan bertangga. Sengaja masak suka-suka buat ibu ayah. Begedilnya jadi. Sedap, tapi rupanya kurang sikit dari kategori hodoh (oopss).

Resepi ini dari resepi Dapur Panas TV3. Tanpa mengetahui chefnya pun aku tetap nak berkongsi. Walaupun aku sendiri belum mencubanya (tak cukup bahan sekarang), yang lain boleh cuba dahulu. Nanti boleh kongsikan samada menjadi atau tidak.

Bahan-bahan:

1. Kentang (direbus, dilenyek)
2. Daging ayam/lembu (dikisar)
3. Daun bawang
4. Serbuk lada putih (sebagai perasa)
5. Telur (untuk salutan)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan 1,2,3,4. Kepalkan pada saiz yang mudah untuk dimakan.
2. Pukul telur. Salutkan dengan telur. Goreng dengan minyak panas.
3. Hidangkan.

Baik, ayuh cuba! :))


Friday, March 28, 2014

Life as researcher is even worse! :P

Assalamualaikum...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah...:')

Moga nikmat masa yang Allah Ya Bari aturkan ini buat aku lebih menjadikan aku orang yang menghargai masa. Alhamdulillah diberi peluang membantu seorang sahabat menyelesaikan experiment nya. Menarik juga berexperiment dengan tikus (mice) ini. Comel dan garang. Huhu. Beberapa kali juga aku terjerit dalam lab tu. Bukan digigit pun, cuma terkejut bila mice tu melenting. Allah. Mujur projek akhir tahun aku bukan berkaitan dengan haiwan. Moga sahabatku ini dipermudahkan urusannya. :)

Model: Kak Radhiyah and 112 ekor mice dalam boxes tu.
Research Project about antipyretic effect (Don't know full title >.<)

Saya paling suka bagi makanan pada mice ni semua. I don't know. 
Perasaan yang tidak boleh digambarkan. Serious! :)

Ok, ini Kak Radhi. Balqis? Hmm..Thesis writing in progress! Doakan saya.

Yaumul Jumuah, yaumul Barakah!

Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat semua :) Hari ini InshaAllah akan jadi hari paling bahagia. Tapi ada syaratnya, mohon Allah Ya Bari' aturkan segala urusan pada hari ini. Kita sudah merancang hari ini dengan baik bukan. Namun, Allah itu lebih baik perancangannya. Pasti hati akan sentiasa tenang dengan perancangan terbaik Allah. :)

Buat pengetahuan semua, sekarang saya sedang mengamati bait-bait Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni dalam kitab karangannya La Tahzan. Berikut sedikit perkongsian dari bahagian buku tersebut. Moga bermanfaat dan lebih bersemangat menempuh hari ini...^_^

*******************************


LA TAHZAN: JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA!

MUTIARA KESEPULUH: JADIKANLAH HARI ANDA PENUH KEBERKATAN 

Mulakanlah hari kita dengan meminta kepada Allah hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang berbahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan dan keberuntungan. Mintalah kepada-Nya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau hari yang tiada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Dari Allahlah kebahagiaan dipinta. Dari Allahlah rezeki diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. InsyaAllah akan memberi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkat dan bermanfaat.

Diantara perkara yang dianjurkan bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk adalah hendaklah anda mendengar sesuatu dari Kitabullah, baik dari kaset atau radio (atau audio player dari laptop) yang bacaannya dilakukan seorang qari yang patuh, khusyuk, lagi merdu suaranya. Dia memperdengarkan kepada anda sebahagian dari ayat-ayat Allah yang ada dalam kitab-Nya dan anda mendengarkannya dengan penuh perhatian dan khusyuk. Maka akan menjadi bersihlah hati anda dari kekeruhan, keraguan, dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu anda akan kembali menjadi baik keadaannya dan lebih lapang dadanya daripada sebelumnya.

~Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni~


:))))))))

Wednesday, March 26, 2014

Hilangmu Tanpa Tanda

MH370, hilangmu tanpa tanda,
analisa-analisa data yang dikhabarkan umum tidak cukup untuk membuatku percaya,
kerana hilangmu tanpa tanda.

Mungkin semua pakar-pakar aerotechnology boleh menyatakan apa-apa teori yang dirasakan benar,
namun ilmu mereka itu terbatas, terbatas pada mesin-mesin ciptaan manusia,
boleh sahaja diandaikan kokpit terbakar, radar tidak dapat menghantar signal, atau dihijak pengganas sekalipun, teori sekadar teori, hati-hati masih terluka tidak terubati,
kerana hilangmu tanpa tanda.

Wahai Tuhan yang maha Mengetahui setiap apa yang di langit dan di bumi, hanya Engkau yang maha Mengetahui misteri MH370 ini. Hanya di tangan Engkau letaknya rahsia itu. Dan perancangan-Mu sebaik-baik perancang. Tiada sesuatupun yang berlaku di dunia ini Engkau lengah darinya. Pasti ada hikmah besar yang Engkau ingin tunjukkan kepada kami.

Wahai Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang, redakanlah kesedihan hamba-hamba-Mu yang belum berhenti merintih permergian keluarga dan sanak-saudara mereka lantaran tragedi ini. Lontarkanlah ketenangan dalam hati-hati mereka saat pengumuman, " The seaching of MH370 ended here" dibuat. Allah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Moga Ruh mereka yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH370 aman dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin amin amin ya Rabbal Alamin.....




Tuesday, March 25, 2014

Anggaplah sakit itu berita gembira

Assalamualaikum wbt..


Berkaitan dengan tajuk entry ini, sakit, satu perkataan yang tidak menarik, dan negatif. Lihat sahaja sudah menyakitkan malah derita dapat di rasai. Sakit ini dalam Bahasa Inggeris banyak perkataannya, banyak juga penggunaannya. Bukan sakit dari segi bahasa ingin kukupas disini. Tidak perlu diperpanjang.

Yang menyebabkan sakit itu kita sebut ia sebagai penyakit. Secara medical, penyakit ini sesuatu keganjilan (abnormality) atau gangguan (disturbance) pada sistem tubuh badan (Betul ke para doktor? Ini bahasa mudahku setelah mengaji Biomedic hampir 4 tahun >.<). Aku juga penghidap penyakit. Kalau ditanya sakit apa ya Balqis? Aku sakit hati. (Tolong serius!). Baik. Sakitku ini rahsia. Sudah lama menanggungnya. Tidak keterlaluan untuk aku mengakui tiap kali sakit itu datang mendekatkan diriku dengan Pencipta sakit itu.

Allahu rabbi, Maha Agung, Maha Mengetahui sejauh mana seorang hamba ini jauh dari-Nya, pasti akan ada suatu hari hamba ini kembali mengharapkan ampunan dan redha-Nya. Bagaikan kanak-kanak yang baru berjalan, dilepaskan ibu, sejauh mana dia bertatih dan terjatuh, pasti dia berpaling pada ibunya, tersenyum dan berlari mendapatkan ibu semula. Fitrah manusia, hamba, berTuhan. Jika kita manusia ini lalai dan leka, hanyut dengan kesukaan-kesukaan dunia yang sebenarnya Allah Taala juga yang cipta, itu melawan fitrah maksudnya! Allah Maha Mengetahui (Ya Alim), hamba-Ku ini, sudah lama tidak merintih kepadaku di sepertiga malam, sudah lama dia tidak membuka lembaran bait-bait rindu-Ku, sudah lama dia meninggalkan kekhusyukan dalam solat-solatnya kerana kesibukan dan kecintaannya pada selain-Ku, dengan dugaan yang Ku-berikan ini, pasti dia akan kembali kepada-Ku. Allahu Allahu, jika anda sedang sakit, ingatlah Allah Taala Kekasih Agung kamu itu sedang rindu! Bukankah ia berita gembira?

Menaip perenggan-perenggan ini membuat aku refleksi diri juga. Mampu apa kita melihat setiap apa yang terjadi pada diri kita ini dengan pandangan mata Pencipta? Merasa lazat dengan kesakitan kerana tahu bahawa itu tanda cinta Allah, tanda rindu Allah pada hamba, malah Allah berkehendakkan petunjuk kepada kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (Al-Baqarah : 155-157)

Setiap penyakit pasti ada ubatnya, namun ubat yang terhebat ialah dengan bermunajat kepada Allah, memohon keampunan dan hidayahnya. Moga dengan kesakitan iman bertambah kental dan dosa-dosa dapat dihapuskan.

Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan (pula) obatnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”.
(HR. Al-Hakim I/348, disahihkan Syeikh Albani dalam kitab Sahih Jami’is Shoghir no.1870)

Akhir kata, moga dengan kesakitan kita, Allah redha kepada kita, kecintaan kita bertambah, keimanan kita semakin segar dan kelak bila kembali sihat, bangkitlah semangat berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. InshaAllah.


p/s: Thesis writing in progress. Doakan dipermudahkan urusan ye! ;)

Jessamine But Sakura?

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh rasanya jari-jari ini tidak menari di papan kekunci menaip entry blog Jessamine (Jasmin) ini. Dulu ianya sekadar jessamine. Tapi kini ianya jessamine tetapi sakura. Ceritanya? Tiada yang menarik. Kedua-duanya adalah bunga. Beza dari segi kitaran hidup, variasi warna, populasi dan asal kedua bunga ini tetap ada cuma, mungkin tidak perlu dihuraikan disini. Cuma mungkin, caraku melihatnya yang berbeza, dulu bunga jasmin kuning menjadi hiasan blog ini. Kuning memang warna kegemaranku dulu. Orang kata, lambang keceriaan (Pernah jadi ajk keceriaan kat kelas masa form 1), kegembiraan dan easy-going. Tapi kini blog ini mungkin perlu berwajah baru setelah sekian lama aku meninggalkannya berhabuk :) Kini warna kegemaran juga sudah berubah, lebih gemar pink dan purple. Lebih lembut dan mungkinkah aku bertambah matang? (Hehe)

Baiklah, di sini aku titipkan beberapa gambar kedua bunga yang sangat-sangat cantik ciptaan Allah ni. Bolehkah kita muslimah secantik ini? Boleh! Jaga agama, jaga akhlak, jaga kehormatan. Allah pasti hias kita secantiknya. InshaAllah kamu akan jadi muslimah mukminah wanita paling cantik dan bahagia di dunia dan di syurga. Amin :)

 Warna kuningnya sangat terang, cantiik! Dia wangi juga! Ingin jadi sepertinya?

 Saya sekadar peminat, tapi untuk menanam perlu asah skill dengan ayah dulu ;)


Sakura@Cherry Blossom
  Subhanallah, pasti tertawan hati yang memandang. Bagaimana nak secantik ini agar sentiasa dalam pandangan Allah? *terbang ke langit


Wallahu'alam. Alhamdulillah. Selamat bertemu lagi. ^^